Mengenali Barah Payudara Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel? Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu. Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini. Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis. |
Apakah Yang Menyebabkan Barah Payudara? Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling). Apa yang kita tahu hanyalah faktor risiko. Faktor risiko merupakan suatu perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung. Risiko seorang individu terhadap sesuatu penyakit tidak mudah ditentukan kerana pengaruh faktor-faktor risiko berbeza. Seorang wanita seharusnya mengetahui dan memahami apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi risikonya terhadap kanser payudara. Kami belum lagi dapat memahami mengapa adanya mereka yang mempunyai faktor risiko seperti riwayat keluarga (pertalian keluarga dengan penghidap penyakit barah) dan terdedah kepada risiko pengambilan bahan serta sumber berasaskan tembakau, bebas daripada serangan penyakit ini. Manakala, mereka yang daripada kumpulan berisiko rendah pula tidak terlepas daripada menghidap penyakit ini. Pertalian adalah kompleks dan mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain yang tidak ternyata. Untuk seketika ini misterinya akan terus berpanjangan serta menjadi tanda tanya. |
Bersangka baik ialah KUNCI sesuatu IKATAN.. "Jangan berkecil hati jika orang lain salah faham pada
Wednesday, December 15, 2010
Sunday, December 5, 2010
Bawang Hai Bawang
Bawang Merah merupakan ramuan yang di gunakan dalam masakan. Namun, selain daripada untuk kegunaan dalam masakan, ia juga mengandungi pelbagai khasiat dan kebaikkan dalam merawat penyakit yang serius.
Kajian perubatan mendapati ia mampu mengurangkan sakit antaranya kanser. Selain itu ia juga bertindak sebagai penawar untuk melagakan sakit perut, menggalakan rembesan lahak , menambah aliran air kencing dan dapat mengurangkan kadar kolestrol.
Beberapa penyelidikan berkaitan khasiat bawang merah mendapati mengandungi dua bahagian yang terdiri daripada sulfur seperti allyl propyl disulphide (APDS) dan flavonoid seperti quercetin.
flavonoid dipercayai mengyrangkan resiko kenser, penyakit jantung dan kencing manis kerana mempunyai unsur-unsur antikanser, antibakteria, anti viral, antialahan dan anti bengkak dan mengurangkkan gula dalam darah samada yang mentah atau pun yang telah di rebus.
Bawang Merah mengandungi enam kali ganda kandungan fenolik berbanding bawang biasa. kandungan tersebut membantu mengeluarkan toksin dalam badan. Dan Bawang Merah yang berasa manis ini mempunyai saponins iaitu sejenis kimia yang dapat menghindarkan dan membunuh sel kanser.
Ia akan mencairkan darah beku dan menunjukkan tahap tinggiantiplateletyang baik untuk pesakit yang menghidap penyakit jantung dan strok. Ia juga membantu fungsi otak dan mengurangkan resiko penyakit Alzheimer. Bagi yang menghidap penyakit kencing manis Bawang Merah dapat mengurangkan tahap gula melalui hadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukos.
dengan menikmati Bawang Merah setiap hari ia boleh membantu pertumbuhan tisu tulang dan mengurangkan resiko osteoporosis sebanyak 20%. Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit
Sumber :- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.
Saturday, December 4, 2010
Cinta
Pernahkah anda terasa dalam hidup sentiasa ingatkan seseorang, ingin mendengar suaranya selalu dan kadangkala terasa dirinya begitu dekat meskipun jauh beribu batu? Jika ada, itu namanya cinta.
Cinta suatu elemen hidup yang amat misteri dan tersendiri. Ia sentiasa wujud bersama berdenyutnya nadi. Tidak kira apakah seseorang itu sudah berusia ataupun masih teruna atau dara, rasa cintanya tetap wujud. Jangan sangka orang yang sudah bongkok sudah tidak memiliki cinta. Jangan sangka orang yang sudah kerepot sudah tiada cinta. Jauh di dalam cinta terus segar dan mewangi.
Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah berlalu, dia terasa begitu dekat dengan kita. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya. Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya. Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu usia kita sudah menghampiri setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yang pergi membawa kejujurannya. Terkadang kita berasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yang pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin. Lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang kondusif dan eleklusif, tersendiri amat.
Kata orang, kita sudah terlalu tua untuk kembali bercinta. Tubuh kita mungkin sudah tidak upaya tetapi minda dan harapan kita masih berbunga. Kita mereka-reka andaian itu dan ini. Angan-angan kita menerawang jauh. Imaginasi kita mereka sesuatu. Kita tersenyum dan menangis.
Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah engkau sekarang? Apakah engkau juga sering teringatkan aku sebagaimana aku sentiasa teringatkanmu? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia? Kita sering memujuk hati kita supaya menerima hakikat sebenarnya.
Tetapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita. Pernahkah anda teringatkan seseorang dan amat merinduinya. Anda mahu segera berada di sampingnya. Anda mahu dia mendengari anda? Itulah cinta namanya.
Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yang pernah kita simpan jauh di sudut hati kita. Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita.
Itulah cinta. Ia misteri yang tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. Tuhan menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya dan melupakannya.
Tetapi …. ia tetap kembali, dan kembali, dan kembali ……. Ooooh CINTA ….
Saturday, November 13, 2010
Buah-buahan
Anggur dan Kismis
Mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan kehilangan ingatan, antiradang, antioksidan, menjaga kesihatan kulit dan mata, kardiovaskular, kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi.
Epal
Mencegah demensia, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolestrol, menentang kanser dan antioksidan.
Oren
Menjaga kesihatan jantung, Penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser. Antioksidan membantu perkembangan otak janin dan mengamal tekanan darah.
Kiwi
Membantu mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolestrol dan trigliserida) menbantu memperbaiki pernapasan kanak-kanak (pendek napas, berdenit dan batuk malam), mencegah kerosakkan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihantan penglihatan, kesihantan kolon dan kesihantan prostat.
Pear
Antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan radang, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jantang, menyokong tranmisi saraf dan melawaskan perut.
Mangga
Antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, menbantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah salaran paras.
Pisang
Anti kemurungan (membantu memperbaiki ragam diri dan tidur), antioksidan, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan resiko kanser, Melegakan sembelit dan cirit birit.
Contoh menu harian untuk buah-buahan:-
- Sarapan - Satu biji pisang dimakan bersama bijirin
- Tengahari - Dua biji buah kiwi
- Petang - Satu hidangan dadih bersama suku cawan kismis?anggur
- malam - Sebiji Epal bersaiz sederhana
Monday, October 18, 2010
Kalau
Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...
kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!
kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...
kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...
kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...
kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...
kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....
kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...
kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!
kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...
kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...
kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...
kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...
kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....
kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
Tidak kira handsome atau tidak handsome, apa yang penting hati baik dan iklas..
Sunday, October 17, 2010
Love & Conjugate
What is love?.
The love of Allah and the Prophet and his religion. The love of parents and the birth-producing us. Love the people and country, love of self that this kite is always blessed with missed days and Honor.
- First Love the devil
you two holding hands and then make further acquaintance vice .. eventually you pregnant and you just married ..
- Second Love From among demons
You like die and die not like you. Next you bomohkan and magic die so like you. then you marry her without her realizing it ..
- Third Love From God (Allah S.w.t)
you and die-looking eyes and pierced to the heart .. you continue the engagement so that she and he continued to receive your proposal. Next you get married and be valid with readiness of mind ..
Tuesday, September 28, 2010
Orkit Mamaku
Tak sangka di halaman rumah Pakcik tanaman Orkitnya.
Cantik!!!!
Gembira hati tidak terkira melihat Bunga Orkit ini.. yang berwarna purple, putih dan kuning..
Orkid ini asalnya dari keratan yang diberikan oleh kawan Pakcik di tempat die bekerja.
kawan pakcik saya ini memang penggemar orkid. pakcik menyiram orkid dengan air basuhan ikan dan air basuhan beras. Hasilnya cukup memberangsangkan. Orkidnya hidup subur, daunnya tebal dan lebat. Bunga orkid pun sentiasa keluar.
Kagum dengan ciptaan yang maha esa bila melihatnya..
Subscribe to:
Posts (Atom)