Wanita memiliki kekuatan yang lebih besar dari seorang lelaki untuk dapat mengampuni lebih banyak, mengasihi lebih banyak, berkorban lebih banyak, juga menjadi penolong yang kuat untuk satu keluarga.
Kecantikan seorang wanita bukan dari pakaian yang dikenakan, susuk tubuh yang di tampilkan atau bagaimana ia menyisir dan menghiaskan rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari mata karena itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu mendapat kebenarannya.
Wanita cantik terlukis dengan tersenyum saat tertekan, tertawa di saat hati sedang menangis, memberkati di saat terhina, mempesona kerana mampu memaafkan. Wanita cantik mengasihi tanpa rasa marah dan mencintai dengan ketulusan hati serta bertambah kuat dalam iman dan harapan.
Tuhan memberikan setiap wanita hati yang siap mengampuni sesamanya dan di saat keadaan terburuk sekalipun ia akan tabah. Berhati-hatilah jika lelaki membuat seorang Wanita menangis, kerana Tuhan akan menghitung setiap titisan air matanya. Kepada lelaki, Bukan lelaki akan memilih wanita sebaliknya wanita yang akan memilih lelaki. Kerana wanita memilih bukan untuk dirinya, tetapi untuk memilih seorang pemimpin dalam sesebuah kekeluargaan dan juga layak mendapat penghormatan dan dorongan.
Disebalik kehebatan seorang lelaki selalunya ada pemberi semangat dorongan dan pengorbanan seorang wanita.
P/S :Hargai wanita kerananya melahirkan kita, menjadikan kita lebih bersemangat dan wanita juga penyeri hidup bagi kaum lelaki. Jangan ego pada wanita, kerana ego lelaki akan menangis kecewa dan terluka.